Saturday, 29 March 2014

Penulisan Jurnal 5



 Jurnal 5

Tarikh : 16.2.2014-20.2.2014

Tajuk : Buli


1.    Peristiwa

Jam 7.00 pagi waktu rutin saya sampai ke sekolah. Sebaik sahaja merekodkan  kedatangan, saya bergegas menuju kebilik pemulihan. Baru beberapa langkah menapak terdengar panggilan suara yang agak kuat dan termengah-mengah. Ustaz…. Ustaz… Ustaz… Cepat.. kelihatan Muizzam pelajar tahun lima melambai ke arah saya untuk menunjukkan sesuatu, Saya segera mendapatkannya . “Ada apa Muizzam?” saya bertanya. “Ada budak kena buli” Muizzam bersuara dengan nada terketar-ketar ketakutan. “Dimana?” saya bertanya. “Di belakang bilik perpustakaan” Muizzam menjawab lagi kali ini dengan nada suara yang agak berani. Dengan langkah yang panjang saya segera bergegas menuju ketempat tersebut. Sebaik sahaja tiba ditempat kejadian saya lihat terdapat seorang pelajar menangis ketakutan dan dikelilingi pelajar lain. Saya memanggil dan membawa kesemua pelajar terbabit ke bilik disiplin.



2.    Bisikan hati

Terdetik dihati saya rasa amat kecewa dengan sikap pelajar kerana sanggup membuli adik-adik mereka yang masih kecil. Sikap kasih sayang dan belas kesian tidak lagi wujud dalam diri mereka. Walaupun sering kali diberi nasihat dan bimbingan.



3.    Persepsi Dan Falsafah Ke Arah Peristiwa

Sebagai seorang guru saya seharusnya lebih banyak bersabar didalam mendidik pelajar dan juga memberikan mereka kesedaran serta ke insafan.



4.    Kefahaman Dan Kesedaran Baru

Sememangnya tugas guru didalam mendidik pelajar tidak perlu disangkal lagi. Peringatan atau nasihat yang diberikan kepada pelajar tidaklah juga hanya sekali. Ianya perlu berulang-ulang dan dilakukan berkali-kali kerana pelajar dalam usia sebegini memerlukan banyak bimbingan. Jadi gurulah pembimbing mereka ke jalan kebenaran dan juga kebaikkan.



5.    Cadangan Untuk Memperbaiki Keadaan

Saya akan sentiasa memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar agar kejadian membuli khususnya dan juga perbuatan lain yang tidak baik tidak berlaku. Selain daripada itu menyedarkan pelajar melalui ceramah dan motivasi perlu agar timbul rasa kasih sayang di antara satu dengan yang lain serta memberi mereka ingatan tentang balasan tabiat buruk itu.



6.    Tindakan Akan Datang

Pada masa akan datang, Pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan membuli perlu dikenakan tindakan disiplin yang tegas agar ianya menjadi sebagai satu ingatan kepada pelajar lain.

Guru sentiasa memberi motivasi dan ceramah kepada pelajar tentang bertapa buruknya sikap membuli dan sememangnya tabiat tersebut tidak layak dilakukan oleh manusia yang waras.

Guru juga hendaklah sentiasa memberi bimbingan dan kunseling kepada pelajar tabiat buli agar ianya dapat di ubah dan kembali kejalan kebenaran.


No comments:

Post a Comment