Penulisan Jurnal 4
Tarikh : 9.2.2014-13.2.2014
Tajuk :Buku Dan Kerja Sekolah.
1. Peristiwa:
“Hai budak ni bertuah betullah!”
kedengaran suara keluhan dari satu penjuru dibilik guru. “Kenape cikgu?” Saya
bertanya. Beliau merupakan guru bahasa melayu tahun 2. “Ni hah! Budak ni
latihan BM malas betul nak buat, asyik tak siap kerja yang saya bagi. Nak kata
pandai, pandai!” Rungut guru tersebut. “Dah lah latihan tak buat, buku teks
selalu aje tinggal!”. Rungut lagi. Terdetik dihati saya, Murid-murid disekolah
ini memang terdapat segelintir yang gemar tidak membawa buku teks dan buku
latihan. Awal-awal tahun lagi saya telah berhadapan dengan murid seperti ini.
Pening dibuatnya.
2.Bisikan hati:
Rasa marah ada, geram pun ada apabila
mengingatkan sikap dan kelakuan murid seperti ini. Bagi saya murid seperti ini
tidak mempunyai persediaan langsung untuk belajar. Bila teringatkan zaman waktu
saya bersekolah rendah dahulu, sesiapa yang tidak membawa buku ke sekolah dan
siap kerja sekolah rotanlah jawabnya. Sekiranya bercerita pada ibu ayah
dirumah, makin membuatkan mereka lebih marah daripada cikgu disekolah.
Silap-silap kena rotan sekali lagi. Bukan hendak membangkitkan isu ini, tetapi
sekadar mengingatkan perbezaan suasana belajar pada zaman dahulu dan zaman sekarang
memeng jauh berbeza.
3.Persepsi Dan Falsafah Diri Ke Atas Peristiwa:
Setiap kali sesi pengajaran dan
pembelajaran, Saya pasti akan mengingatkan murid dalam kelas saya agar
menyiapkan kerja sekolah yang diberi dirumah.Saya juga mengingatkan mereka agar
tidak lupa membawa semua buku kesekolah sama ada buku teks, buku aktiviti, buku
tulis dan buku latihan. Selain itu, Saya juga perlu sentiasa mengingatkan murid
tentang adab-adab belajar. Kesedaran demi kesedaran perlu giat dititik beratkan
agar murid sentiasa terdedah dengan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik.
4. Kefahaman Baru:
Sebagai seorang guru, amat wajar untuk
peka terhadap apa jua masalah yang dihadapi oleh seseorang murid. Kita perlu
mencari punca mereka menjadi pasif sewaktu belajar. Mungkin juga masalah yang dihadapi dirumah,
konflik keluarga dan sebagainya membuatkan mereka murung dan kelihatan seperti
orang malas disekolah. Membimbing dan memberi nasihat adalah cara yang terbaik
dalam memberi kesedaran kepada mereka untuk terus menghadirkan diri mereka ke
sekolah . Berhadapan dengan situasi atau masalah mereka yang tidak membawa buku
dan tidak membuat kerja sekolah memang meletihkan. Tetapi, Sebagai guru saya
perlu sedar bahawa selain mendidik, adalah menjadi tanggung jawab untuk mencari punca mengapa murid
tersebut melakukan sedemikian.
5.Cadangan Untuk Memperbaiki Keadaan:
Walaupun sikap murid yang selalu tidak
membawa buku teks dan tidak menyiapkan kerja sekolah membuatkan guru-guru
berkecil hati, Namun setiap yang bernama murid wajar mendapat hak untuk belajar
di sekolah dengan selesa. Mungkin dengan cara diberi peluang untuk berkongsi
buku dengan rakan dapat membantu mereka daripada tercicir mengikut sesi
pembelajaran. Saya juga berkongsi tips dengan guru-guru lain tentang cara memberi
ganjaran kepada murid yang dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberi.Secara
tidak langsung ianya boleh menjadi satu motivasi kepada mereka. Bagi murid yang
sememangnya tidak mahu dan malas membuat kerja, salah satu tindakkan yang boleh
di ambil dengan mendendanya pulang lewat.
6.Tindakkan Akan datang:
Tindakkan
demi tindakkan perlu di ambil dan berterusan, hal ini kerana murid-murid
perlu sentiasa di beri peringatan dan perhatian. Pesanan dari masa ke semasa
perlu sentiasa diberikan. Galakkan untuk menjadi murid yang cemerlang perlu
sentisa didedahkan agar setiap murid sentiasa tahu fungsi dan pesanan mereka
hadir ke sekolah. Selain itu saya akan mencadangkan kepada pihak guru besar
melalui guru diseplin sekolah agar melaksanakan denda yang sesuai dan penuh
hikmah kepada murid yang kerap tidak membawa buku kesekolah dan tidak menyiapkan kerja yang
diberikan meskipun sudah berkali-kali di ingatkan saya dapat merasakan murid
seperti ini perlu diberi pengajaran atas perbuatannya.
No comments:
Post a Comment