Penulisan Jurnal
6
Tarikh : 23.2.2014-28.2.2014
Tajuk : Mesyuarat
Guru.
1.Peristiwa :
Memang telah
menjadi satu agenda wajib untuk mengadakan mesyuarat guru terutama apabila
ingin mengadakan satu majlis. Mesyuarat guru yang melibatkan semua guru membawa
satu objektif iaitu membolehkan semua guru bersedia dan maklum terhadap
peristiwa-peristiwa yang berlaku disekolah disamping menyampaikan maklumat
dengan segera kepada setiap guru.
2.Bisikan Hati :
Sememangnya
objektif telah dicapai, namun masa yang terlalu panjang menjadikan ianya
sesuatu yang membosankan. Kadang kala ianya membuatka diri saya berasa malas
untuk menghadirinya. Namun kepentingan diri perlu saya abaikan demi mencapai
objektif sekolah dan mesyuarat itu sendiri.
3.Persepsi Dan
Falsafah Diri Ke Atas Peristiwa :
Saya sedar
apabila saya bersedia memegang kerjaya keguruan ini, kepentingan diri harus
saya ketepikan . Rasa penat, bosan perlu saya lupakan kerana apa yang penting,
objektif sekolah demi mendidik anak murid perlu dicapai. Menghadiri mesyuarat
guru sememangnya amat membosankan tetapi saya perlu sedar bahawa ianya adalah
sebahagian daripada tanggung jawab seorang yang bergelar guru. Saya perlu galas
tanggung jawab ini dengan baik dan melaksanakan dengan hati berlapang dada.
4. Kefahaman
Baru:
Saya merasakan
kebosanan untuk menghadiri mesyuarat guru perlu dihilangkan dalam diri setiap
guru. Hal ini kerana sekiranya guru merasa bosan terhadap mesyuarat guru yang
merupakan aktiviti yang penting untuk kemajuan sekolah, bagaimana falsafaah dan
matlamatnya sekolah hendak dicapai. Saya telah sedar dan perlu lebih bersikap
positif setiap kali untuk menghadiri mesyuarat guru.
5. Cadangan Untuk
Memperbaiki Keadaan :
Saya merasakan
ketegangan dan kebosanan dapat di elakkan sekiranya saya dapat menguruskan
urusan peribadi saya terlebih dahulu. Kebosanan untuk menghadiri mesyuarat
perlu saya lupakan dan ianya dapat di atasi dengan mengawal dan mengurangkan
tekanan yang lain contohnnya telah menyelesaikan aktiviti yang berkaitan
pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini saya akan lebih bersedia untuk
menghadiri mesyuarat.
6.Tindakkan Akan
Datang :
Pada mesyuarat
akan datang, saya akan lebih bersedia menghadapi kebosanan ini , lebih bersedia
untuk menggalas apa sahaja tugas yang menjadi kewajipan seorang guru. Saya akan
memastikan segala urusan yang dilakukan akan dapat disiapkan sebelum. Supaya
ianya tidak bertindih disamping menyelesaikan segala masalah dan persedian
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengorbanan masa dan tenaga perlu dilakukan
semaksimum mungkin.
No comments:
Post a Comment