Sunday, 30 March 2014

Jurnal 7



Penulisan Jurnal 7
Tarikh : 2.3.2014-6.3.2014
Tajuk : Hari bertugas.

1.Peristiwa :
 Hari khamis merupakan hari bertugas bagi saya sudah semestinya apabila tiba waktu bertugas saya akan memastikan segala tugas dilakukan dengan sebaik mungkin. Salah satu tugas adalah memastikan kawasan sekolah berada dalam keadaan selamat dan murid-murid dikawal agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak di ingini terjadi. Saya juga ditugaskan mengawasi murid pada waktu rehat dan balik.

2.Bisikan Hati :
Terdetik dihati saya rasa tanggung jawab yang perlu saya pikul dan laksanakannya dengan sebaik mungkin. Kerana segala apa yang berlaku nanti sama ada baik atau buruk adalah tanggung jawab saya.

3.Persepsi Dan Falsafah Diri Ke Atas Peristiwa :
Sebagai seorang guru saya perlu memikul tanggung jawab dan segala amanat yang diberi dengan sebaik-baiknya lebih lagi dalam memastikan keselamatan dan keselesaan perlajar terjamin sewaktu berada disekolah.






4. Kefahaman Baru:
Segala tugas yang diberikan kepada guru janganlah di anggap sesuatu yang remeh dan dilaksanakan dengan sambil lewa. Jangan pula mengharapkan ganjaran atau balasan. Lakukannya dengan penuh rasa tanggung jawab dan keikhlasan terhadap Allah S.W.T.


5. Cadangan Untuk Memperbaiki Keadaan :
Saya akan menjadikan tugas sebagai guru sesuatu yang tidak membosankan dan menganggap ianya suatu amanat dan tugas yang mulia disisi Allah saya juga akan lebih perihatin terhadap tugas yang dilaksanakan serta melakukan pemantauan yang kerap disetiap bilik didalam kawasan atau blok yang di amanatkan agar murid tidak melakukan salah laku disiplin.

6.Tindakkan Akan Datang :
Saya akan melaksanakan setiap tugas yang diberi dengan sebaik-baiknya demi memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar terjamin. Selain daripada itu perancangan yang rapi juga akan saya lakukan agar segala urusan berjalan dengan lancar dan baik.

No comments:

Post a Comment