Penulisan Jurnal
8
Tarikh : 9.3.2014-14.3.2014
Tajuk :
Peperiksaan kali pertama.
1.Peristiwa :
Minggu ini
merupakan minggu peperiksan. Semua guru dan murid bersiap sedia untuk
menghadapi peperiksaan penggal pertama persekolahan. Berbagai-bagai persiapan
dan ulangkaji dilakukan untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan.
Pada tarikh
8.3.2014 adalah hari pertama peperiksaan di SJKC Tuan Poon, keadaan sekolah
menjadi sedikit senyap kerana semua pelajar sedang menduduki peperiksaan.
2.Bisikan Hati :
Giliran masa untuk
saya sebagai pentugas mengawal kelas peperiksaan, saya mendapati pelajar-pelajar
SJKC Tuan Poon bersemangat untuk menduduki peperiksaan ini. Mereka memang
bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Maklumlah hari pertama peperiksaan pelajar-pelajar
nampak bersemangat untuk menjawab soalan peperiksaan. Saya pun mula memberi
arahan dan menyuruh mereka mendengar dengan teliti. Kemudian saya menerangkan
satu persatu, Mereka mendengar dengan baik. Setelah selesai saya memberi
penerangan kepada mereka saya pun mengarahkan mereka menjawab dengan
berhati-hati.
3.Persepsi Dan
Falsafah Diri Ke Atas Peristiwa :
Sewaktu mereka
menjawab kertas peperiksaan, saya mendapati sebahagian daripada mereka menjawab
dengan cepat. Saya pun berkata kepada mereka, “Jawab dengan penuh berhati-hati
dan jangan hendak siap sahaja”. Malangnya mereka hanya lihat beberapa kali dan
akhirnya berhenti. Mereka membiarkan masa berlalu bergitu sahaja. Bagi saya
bertapa ruginya kepada sesiapa yang membazirkan waktu.
4. Kefahaman
Baru:
Apabila melihat
keadaan yang sedemikian, saya mula merasa bertapa ruginya mereka. kalaulah mereka tahu masa itu sangat berharga.
Saya mula sedar sebenarnya menjadi tanggung jawab saya untuk sentiasa
mengingati mereka. Memberitahu mereka jangan membuang waktu dan pergunakannya
dengan sebaik-baiknya.
5. Cadangan Untuk
Memperbaiki Keadaan :
Pelajar sebegini
mestilah diberi motivasi supaya mereka menghargai masa, masa yang berlalu tidak
akan kembali. Selain daripada itu mereka juga perlu diberi penjelasan cara
bagaimana menguruskan masa dengan baik.
6.Tindakkan Akan
Datang :
Pada masa akan
datang saya akan memasukkan nilai-nilai murni kedalam diri pelajar melalui
motivasi dan juga ceramah serta menjelaskan kepada mereka cara yang terbaik menguruskan
masa. Usaha tersebut dilakukan secara tersusun agar ianya lebih berkesan dan
menjadikan pelajar dapat menguruskan masa dengan baik dan cemerlang.
No comments:
Post a Comment