Penulisan Jurnal 3
Tarikh : 5.2.2014-6.2.2014
Tajuk : Hormat Guru
1. Peristiwa
“Hai cikgu! Sapa seorang murid tahun 5
sambil berlalu dihadapan saya. Lalu saya terus menjawab “waalaikumussalam”
saya bermaksud untuk menyindirnya supaya murid itu sedar akan kesilapan yang telah
dilakukan sebentar tadi. Namun, tanpa rasa bersalah murid tersebut berlalu
sambil tersengeh-sengeh dan terus menuju ke arah rakan-rakan sekelasnya yang
lain. Ini merupakan masalah murid yang
tidak pandai menghormati guru.
2. Bisikan hati
Bila mengingatkan sikap murid yang kurang
beradab, rasa sedih dalam hati ini. Zaman sekolah saya dahulu, sangat tekun dan
hormat dengan guru-guru disekolah. Mungkin kerana guru seorang yang garang?
Tidak juga!. Murid-murid ini sering kali di ingatkan agar memupuk budaya salam
dan memberi salam ketika bertemu dengan guru atau orang yang lebih tua. Jika
murid tahun 1 atau 2 yang melakukan perkara tersebut, saya tidaklah berasa sangat
kecewa dan ia masih boleh diterima lagi,
Namun, apabila murid tahun 5 bersikap biadap sedangkan mereka sudah belajar
adab menghormati guru, maka perkara ini perlu dipandang serius.
3. Persepsi Dan
Falsafah Ke Arah Peristiwa
Walau bagaimanapun, sebagai seorang Guru
Agama, saya sewajarnya memberi contoh teladan yang boleh di lihat dan di ikuti
oleh murid-murid saya. Murid-murid di sekolah rendah sangat suka meniru gaya
atau cara terbaru yang dipamerkan oleh guru. Bagi murid beragama Islam yang
tidak memberi salam kepada saya, tindakan yang saya lakukan adalah saya akan
memberi salam dahulu kepada mereka.
4. Kefahaman Dan
Kesedaran Baru
Memberi
salam itu bukanlah sesuatu yang susah untuk dilaksanakan bagi
murid-murid sekolah rendah ini. Tetapi hendak membentuk kelaziman atau kebiasaan
itu yang sukar sebenarnya. Perlu aktiviti latih tubi juga seperti menulis dan
membaca Jawi. Sekiranya susana memberi salam itu tidak diwujudkan atau
dibudayakan maka memberi salam itu tidak boleh menjiwai murid untuk
mengamalkannya. Oleh yang demikian, saya perlu mencari kaedah yang terbaik untuk
mewujudkan budaya memberi salam sekaligus menunjukkan murid menghormati
guru-guru di sekolah.
5. Cadangan Untuk
Memperbaiki Keadaan
Memberi salam merupakan satu amalan yang
sunat dilakukan. Oleh yang demikian, adalah sangat wajar untuk mewujudkan
suasana budaya memberi salam dikalangan pelajar Muslim. Mungkin cara yang
terbaik bermula daripada kalangan guru-guru yang beragama Islam memulakan
budaya memberi salam. Selain daripada itu, kesedaran ini perlu diteruskan daripada
semasa ke semasa.
6. Tindakan Akan Datang
Saya berasa adalah lebih baik untuk
mengadakan suatu program berkaitan adab dan akhlak kepada guru. Saya akan cuba
berbincang dengan rakan-rakan guru dan merancang aktiviti yang sesuai dengan
tujuan yang satu iaitu murid lebih menghormati
tentang kepentingan menghormati guru.
No comments:
Post a Comment