ISU DAN CABARAN J-QAF DALAM
MEMPERKASA PENDIDIKAN ISLAM
Isu
Pengajaran dan Pembelajaran
Tempoh
6 bulan untuk murid tahun 1 menguasai bacaan al-Quran tidak mencukupi. Mengikut dasar pelaksanaan kurikulum j-QAF, murid
tahun satu akan didedah kandungan penguasaan kemahiran membaca al-Quran melalui
kaedah Iqra’. Mengikut sukatan yang diberikan oleh kementerian, murid harus menguasai
kemahiran membaca al-Quran dengan membaca 2-5 muka surat buku Iqra’ pada setiap
minggu.
Dengan waktu yang singkat ditambah
pula dengan pelbagai aktiviti sekolah, murid tidak dapat menguasai kemahiran
bacaan mengikut waktu yang diberikan. Ini dapat dibuktikan dengan dapatan yang
berakhir Februari 2013 menunjukkan hanya 19 dari 90 orang murid tahun satu telah mengusai buku Iqra’
Satu (1) sedangkan mengikut sukatan
pelajaran, murid ini seharusnya sudah menguasai buku Iqra’ 2. Masalah ini
timbul kerana pada awal sesi persekolahan
murid ini mengikuti Program Transisi Guru Penyayang selama 2 minggu dan
pelbagai lagi aktiviti sekolah termasuk sukan tahunan dan sebagainya.
Murid tahun 2-5 terpaksa
mengikut sukatan bacaan al-Quran walaupun tidak menguasai bacaan. Hal ini
berlaku rentetan daripada kegagalan murid menguasai kemahiran membaca al-Quran
pada tahun 1. Walaupun murid ini mengikuti kaedah Baca Ikut Guru (BIG),
namun kualiti bacaan murid ini amat rendah malahan ada diantara
mereka yang masih lagi tidak mampu untuk mengenal huruf
hija’iah.Mengikut pelaporan j-QAF
2013 seramai 36 orang murid masih lagi belum menguasai Iqra’ 1 hingga 3.
Keadaan ini dibimbangi dapat menjejaskan
kualiti murid ini walaupun mereka telah khatam membaca al-Quran tetapi tidak
menguasai bacaan al-Quran.
Model tasmik di luar waktu sekolah membebankan guru, murid
dan pentadbiran sekolah. Model tasmik dijalankan secara 3 sesi iaitu pagi (7.10-7.40 pagi), tengahari (12.35-1.05 ptg) dan
petang (1.05-1.35 ptg). Keadaan ini
kadangkala memberi masalah kepada murid dan guru untuk datang awal ke sekolah
untuk tasmik. Sekiranya tasmik dijalankan pada waktu petang, murid-murid ini
terlibat dengan Sekolah Agama Rakyat, kegiatan kokurikulum dan juga kelas
tambahan. Semua masalah ini merumitkan pihak pentadbir dan guru j-QAFuntuk
menyusun waktu tasmik yang sesuai bagi semua murid.
Ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka ke kelas mengaji. Semenjak program j-QAF
diperkenalkan, ibu bapa telah mula berkeyakinan dengan sistem Pendidikan Islam di sekolah rendah.
Keadaan ini telah menyebabkan ibu bapa tidak lagi menghantar anak mereka untuk
menghadiri kelas mengaji di luar. Sebanyak 20%murid tahun 1 tidak lagi pergi
menghadiri kelas mengaji di luar. Situasi ini sebenarnya memberi kesan yang
kurang baik kepada program j-QAF itu sendiri.Kelas mengaji di luar sebenarnya
membantu penguasaan kemahiran membaca al-Quran kepada murid secara langsung.
Sekiranya murid ini mengikuti kelas mengaji di luar, mereka akan cepat
menguasai bacaan dan_seterusnya_dapat_mengkhatamkan bacaan dalam tempoh yang singkat. Sekiranya murid ini bergantung sepenuhnya
kepada guru-guru j-QAF, dibimbangi murid
ini lambat untuk menguasai dan mengkhatamkan bacaan atau lebih teruk lagi
keciciran dari segi penguasaan bacaan al-Quran.
Kekurangan bahan P&P (Buku
Iqra’ dan al-Quran) dalam kelas. Secara dasarnya setiap sekolah akan dibekalkan dengan buku Iqra’ dan setiap murid akan dibekalkan sebuah al-Quran seorang untuk model 6
bulan khatam al-Quran. Namun begitu terdapat juga bilangan buku Iqra’ yang tidak mencukupi bagi murid tahun satu kerana bilangan
murid tahun 1 yang bertambah pada sesetengah
tahun. Keadaan ini juga bertambah buruk apabila ada diantara
buku Iqra’ dan al-Quran ini telah rosak
akibat penggunaan yang kerap dan tidak cermat oleh murid-murid. Apabila keadaan ini terjadi, murid akan
meminjam al-Quran daripada murid lain dan menjadikan keadaan lebih rumit dan tidak
membantu penguasaan murid dalam bacaan al-Quran.
Cabaran
Pengajaran dan Pembelajaran
Pelaksanaan j-QAF telah mengubah kaedah belajar mengaji secara
tradisional ke arus pendidikan perdana. Sebelum ini kaedah mempelajari
al-Quran dijalankan secara tradisional di rumah ustaz ataupun guru-guru
al-Quran mengikut kaedah dan teknik yang pelbagai dan berbeza antara satu sama lain. Kemunculan program j-QAF
telah mengubah senario yang sedia ada.
Kaedah mengajar al-Quran telah disusun secara sistematik dan terurus menggunakan buku Iqra’
sebagai asas kepada kemahiran membaca al-Quran. Konsep pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas mengikut prosedur dan pedagogi yang
sesuai. Guru-guru pula diberi latihan khusus_dan_diberikan pengiktirafan dalam mengajar murid-murid. Bagi guru-guru yang baru mengajar,
keadaan ini berbeza dengan cara mereka belajar
mengaji dahulu. Secara tidak sedar mereka terikut-ikut dengan kaedah lama
belajar mengaji sedangkan kaedah yang baru dan sistematik telah diperkenalkan.
Keadaan kekok dan janggal biasanya berlaku pada guru-guru yang baru mengajar Iqra’ dalam bilik darjah
berbanding model tasmik
yang berjalan secara individu.
Tempoh waktu mengajar yang
singkat berbanding murid yang ramai.
Secara puratanya seorang guru j-QAF akan membimbing seramai 80 orang murid dalam
model tasmik. Setelah dibantu oleh guru Pendidikan
Islam jumlah ini berkurangan kepada 40 orang. Dengan waktu mengajar sebanyak 120
minit seminggu, seorang murid hanya dapat dibimbing selama 1 minit 02 saat seorang seminggu. Keadaan ini amat
tidak membantu kepada penguasaan bacaan murid. Dibimbangi murid ini
tidak dapat mencapai objektif utama program j-QAF iaitu mengkhatamkan
bacaan al-Quran sebelum tamat tahun 6.
Selain itu, cuti sekolah
yang lama menganggu penguasaan murid. Seorang murid hanya bersekolah selama 200 hari setahun, selebihnya mereka bercuti. Jumlah hari persekolahan
yang singkat ini tidak membantu kepada penguasaan murid. Ini menjadi lebih teruk apabila murid ini bercuti akhir
tahun. Ada diantara murid yang telah lupa dan tidak lagi menguasai bacaan al-Quran kerana tidak mengaji
semasa cuti sekolah.Guru terpaksa mengulang semula kemahiran membaca al-Quran
kepada murid pada awal persekolahan. Keadaan ini mengganggu jadual sukatan
pelajaran yang perlu dipenuhi oleh guru dan murid.
Tiada keselarasan kurikulum
antara sekolah kebangsaan dan sekolah
agama rakyat. Program j-QAF dan kurikulum sekolah agama rakyat tidak
jauh berbeza. Kedua-dua sekolah mempunyai subjek al-Quran, namun silibusnya
tidak sama. Keadaan ini telah menimbulkan kekeliruan murid kerana program
al-Quran j-QAF bermula dengan surah al-Baqarah manakala sekolah agama rakyat
bermula dengan ayat lazim. Bagi murid yang lemah, mereka keliru di manakah
tahap sebenar bacaan mereka dan yang manakah yang benar atau yang betul.
Cadangan
Menambah waktu bagi murid tahun 1 menguasai bacaan al-Quran dari 6 bulan ke satu tahun.
Rancangan pengajaran tahunan_model 6 bulan khatam al-Quran tahun 1 perlu distruktur semula agar murid tahun 1 dapat menguasai kemahiran_membaca al-Quran. Tempoh murid
untuk menguasai kemahiran membaca al-Quan perlu
ditambah dan disesuaikan dengan peringkat umur murid.
Menambah bilangan guru-guru j-QAF di sekolah yang ramai bilangan murid. Sekarang jumlah penempatan guru-guru j-QAF adalah berdasarkan jumlah
bilangan kelas mengikut sekolah. Namun begitu ada sekolah yang bilangan murid
di dalam kelas kurang dan ada pula yang mempunyai murid seramai 40 orang.
Bilangan murid yang ramai amat mempengaruhi penjadualan tasmik. Selain dari
menyandarkan_kepada bilangan
kelas penempatan guru-guru j-QAF juga perlu berdasarkan jumlah bilangan
murid sesebuah sekolah bagi memastikan
kelancaran program j-QAF.
Menjalankan kerjasama dengan
sekolah agama kerajaan negeri dalam programTasmik. Penyelarasan antara sekolah
kebangsaan dan sekolah agama rakyat
perlulah dijalinkan melalui satu jawatankuasa khas yang melibatkan kedua-dua
pihak. Selain dapat menyelaraskan sukatan, kerjasama ini juga dapat menbantu
antara satu sama lain bagi
membina generasi yang seimbang rohani dan jasmani. Kerjasama
ini juga bukan sahaja terhad kepada
program j-QAF sahaja tetapi boleh diperluaskan ke peringkat kurikulum dan
kokurikulum.
No comments:
Post a Comment