Sunday, 16 February 2014

Saturday, 15 February 2014

Penulisan Jurnal Minggu ke 3



Penulisan Jurnal 3
Tarikh : 5.2.2014-6.2.2014
Tajuk : Hormat Guru

1.    Peristiwa
“Hai cikgu! Sapa seorang murid tahun 5 sambil berlalu dihadapan saya. Lalu saya terus menjawab “waalaikumussalam” saya bermaksud untuk menyindirnya supaya murid itu sedar akan kesilapan yang telah dilakukan sebentar tadi. Namun, tanpa rasa bersalah murid tersebut berlalu sambil tersengeh-sengeh dan terus menuju ke arah rakan-rakan sekelasnya yang lain. Ini merupakan  masalah murid yang tidak pandai menghormati guru.

2.    Bisikan hati
Bila mengingatkan sikap murid yang kurang beradab, rasa sedih dalam hati ini. Zaman sekolah saya dahulu, sangat tekun dan hormat dengan guru-guru disekolah. Mungkin kerana guru seorang yang garang? Tidak juga!. Murid-murid ini sering kali di ingatkan agar memupuk budaya salam dan memberi salam ketika bertemu dengan guru atau orang yang lebih tua. Jika murid tahun 1 atau 2 yang melakukan perkara tersebut, saya tidaklah berasa sangat kecewa dan ia masih  boleh diterima lagi, Namun, apabila murid tahun 5 bersikap biadap sedangkan mereka sudah belajar adab menghormati guru, maka perkara ini perlu dipandang serius.

3.    Persepsi Dan Falsafah Ke Arah Peristiwa
Walau bagaimanapun, sebagai seorang Guru Agama, saya sewajarnya memberi contoh teladan yang boleh di lihat dan di ikuti oleh murid-murid saya. Murid-murid di sekolah rendah sangat suka meniru gaya atau cara terbaru yang dipamerkan oleh guru. Bagi murid beragama Islam yang tidak memberi salam kepada saya, tindakan yang saya lakukan adalah saya akan memberi salam dahulu kepada mereka.

4.    Kefahaman Dan Kesedaran Baru
Memberi  salam itu bukanlah sesuatu yang susah untuk dilaksanakan bagi murid-murid sekolah rendah ini. Tetapi hendak membentuk kelaziman atau kebiasaan itu yang sukar sebenarnya. Perlu aktiviti latih tubi juga seperti menulis dan membaca Jawi. Sekiranya susana memberi salam itu tidak diwujudkan atau dibudayakan maka memberi salam itu tidak boleh menjiwai murid untuk mengamalkannya. Oleh yang demikian, saya perlu mencari kaedah yang terbaik untuk mewujudkan budaya memberi salam sekaligus menunjukkan murid menghormati guru-guru di sekolah.

5.    Cadangan Untuk Memperbaiki Keadaan
Memberi salam merupakan satu amalan yang sunat dilakukan. Oleh yang demikian, adalah sangat wajar untuk mewujudkan suasana budaya memberi salam dikalangan pelajar Muslim. Mungkin cara yang terbaik bermula daripada kalangan guru-guru yang beragama Islam memulakan budaya memberi salam. Selain daripada itu, kesedaran ini perlu diteruskan daripada semasa ke semasa.

6.    Tindakan Akan Datang
Saya berasa adalah lebih baik untuk mengadakan suatu program berkaitan adab dan akhlak kepada guru. Saya akan cuba berbincang dengan rakan-rakan guru dan merancang aktiviti yang sesuai dengan tujuan yang satu iaitu murid lebih menghormati  tentang kepentingan menghormati guru.

Penulisan Jurnal: Minggu 2




Penulisan Jurnal 2
Tarikh : 26.1.2014-30.1.2014
Tajuk : Murid bergaduh.

1.Peristiwa :
Pada suatu hari sewaktu saya baru sahaja selesai makan. Sedang saya berjalan menuju ke pejabat tiba-tiba saya terdengar suara pelajar memanggil ustaz… ustaz.. saya pun menoleh, pelajar tersebut memberitahu saya ade pelajar yang sedang bergaduh di kantin.

2.Bisikan Hati :
Saya bergegas pergi mencari pelajar yang bergaduh tersebut. Sampai di situ saya pun bertanya kenapa kamu bergaduh. Maka bermacam-macam jawapan yang diterima. Masing-masing hendak mempertahankan diri sendiri dan tidak mengaku bersalah. Di dalam hati saya terdetik apa yang perlu dibuat untuk menampakkan keadilan. Maka saya pun bertindak dengan menyatakan sesiape yang tidak mengaku, saya akan bawa mereka berjumpa guru disiplin. Alhamdulillah akhirnya mereka menceritakan perkara yang sebenarnya. Masing-masing mengaku bersalah.

3.Persepsi Dan Falsafah Diri Ke Atas Peristiwa :
Kejadian tersebut membuatkan diri saya merasakan bahawa setiap kejadian itu mesti ada sebab yang perlu kita ketahui terlebih dahulu.

4. Kefahaman Baru:
Kefahaman yang saya perolehi daripada peristiwa tersebut bahawa apabila berlakunya sesuatu perkara itu sebenarnya ia berpunca daripada gurauan seterusnya membawa kepada pergaduhan.

5. Cadangan Untuk Memperbaiki Keadaan :
Untuk mencegah daripada berlakunya pergaduhan. Guru mestilah memantau apa yang dillakukan oleh pelajar, elakkan mereka daripada bergurau dengan berlebihan.
 
6.Tindakkan Akan Datang :
Kenal pasti pelajar yang menimbulkan permasalahan dan elakkan mereka daripada bergurau berlebihan dengan pelajar lain dan memantau pergerakkan murid sewaktu rehat.

BuMi

"Dimana Bumi Di Pijak Di Situ langit di Junjung"

BBM Jawi: Nasyid


Syukur


Contoh Penyediaan Proposal Kajian Tindakan



1. Nama Dan Alamat Penuh Organisasi

2. Penyelidik


3. Tajuk Kajian
Meningkatkan kemahiran penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah murid tingkatan 5 dengan menggunakan Kaedah‘ Diari Haji dan Umrah ‘

4. Refleksi masalah / Refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu
Berdasarkan hasil kerja murid dan sesi soal jawab , 20 orang murid tingkatan 5 tidak dapat menjawab soalan latihan yang berkaitan dengan tatacara ibadat Haji dan Umrah. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan ibadat haji dan umrah secara tepat dan betul serta tidak dapat memahami aliran tatacara ibadat Haji dan Umrah ini secara menyeluruh.

5. Fokus Kajian
Melibatkan 20 orang murid Tingkatan 5 yang belum menguasai tatacara ibadat Haji dan Umrah.

6. Objektif Kajian ( Am Dan Khusus )

6.1 Objektif Am
i ) Mengenal pasti punca masalah murid yang tidak menguasai tatacara ibadat Haji dan Umrah.
ii) Mempertingkatkan penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah dalam kalangan murid

6.2 Objektif Khusus
i ) 20 orang murid menguasai dan memahami tatacara ibadat haji dan Umrah.
ii) 20 orang murid yang terlibat dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan ibadat haji dan Umrah.

7. Kumpulan Sasaran
Melibatkan 20 orang murid tingkatan 5 SMK

8. Tindakan yang dicadangkan
i. Mengadakan Ujian - Pra kepada murid sasaran untuk mengenal pasti masalah asas murid.
ii. Memberi bimbingan kemahiran penguasaan tatacara ibadat Haji dan Umrah dengan menggunakan Kaedah dan Bahan Inovasi.
iii. Memberi latih tubi menjawab soalan kepada murid-murid.
iv. Membuat ujian Pos kepada murid-murid untuk melihat sejauh mana keberkesanan Kaedah dan Bahan Inovasi yang digunakan.
v. Membuat analisis data hasil ujian Pos.
vi. Membuat Laporan Kajian berkaitan dengan kekuatan dan kekurangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

9. Bahan Dan Anggaran Kos
BIL JENIS ALAT /BAHAN KOS (RM)
1 Kertas A4 = 10 x RM13.00 130.00
2 Kos percetakan ( dakwat printer ) 150.00
3 Fail murid = 20 x RM2.50 50.00
4 Komputer riba
5 LCD projektor
6 CD = 20 keping 30.00
JUMLAH 360.00

10. Jadual Pelaksanaan Kajian / Carta Gantt

BIL AKTIVITI TARIKH
1 Penyediaan kertas Cadangan 21 Mac 2011
2 Merancang Kajian 22 Mac 2011
3 Menyediakan soalan Ujian- Pra dan soalan soal selidik 28 Mac 2011
4 Melaksana Ujian- Pra 4 April 2011
5 Pemprosesan Data Ujian-Pra 6 April 2011
6 Melaksana Soal selidik dan temu bual 11 April 2011
7 Pemprosesan data soal selidik dan temubual 13 April 2011
8 Perancangan Tindakan 15 April 2011
9 Pelaksanaan Tindakan 1 18 April 2011
10 Refleksi Tindakan 1 19 April 2011
11 Pelaksanaan Tindakan 2 20 April 2011
12 Refleksi Tindakan 2 21 April 2011
13 Pelaksanaan Tindakan 3 22 April 2011
14 Refleksi Tindakan 3 23 April 2011
15 Pelaksanaan Tindakan 4 25 April 2011
16 Refleksi Tindakan 4 26 April 2011
17 Perancangan dan Pelaksanaan Ujian-Post 3 Mei 2011
18 Pemprosesan Data Ujian-Post 5 Mei 2011
19 Penilaian kendiri / renungan / Refleksi 12 Mei 2011
20 Penulisan Laporan Kajian Tindakan 13 Mei 2011
21 Pemurnian Laporan 16 Mei 2011
22 Pembentangan Laporan 21 Mei 2011
23 Penyerahan Laporan 23 Mei 2011




Lampiran 1 : Borang Soal Selidik

Arahan : Sila baca pernyataan-pernyataan di bawah ini dan bulatkan nombor yang paling sesuai menandakan tahap persetujuaan anda mengikut skala nilaian yang disediakan.

Skala :
1 = Tidak setuju
2 = Kurang setuju
3 = Setuju
4 = Sangat setuju

BIL ITEM NILAIAN
1 2 3 4
1 Saya suka belajar tajuk ibadat haji dan umrah
2 Saya dapat memahami tajuk ibadat haji dan umrah ini dengan baik
3 Saya boleh mengenal pasti istilah-istilah yang terdapat dalam tajuk ibadat haji dan umrah
4 Saya dapat memahami dan menggambarkan perjalanan tatacara ibadat haji dan umrah secara menyeluruh yang dilakukan oleh jemaah haji sewaktu musim haji
5 Saya dapat menjawab soalan-soalan yang berkaitan ibadat haji dan umrah dengan baik
6 Ibubapa saya sering membimbing saya menjawab soalan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam
7 Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran yang sangat saya mahir