Saturday, 12 April 2014
Sunday, 30 March 2014
JURNAL 9
Penulisan Jurnal
9
Tarikh : .3.2014-.3.2014
Tajuk : Bahaya
merokok.
1.Peristiwa :
Pada minggu ini,
Sekolah SJKC Tuan Poon telah mengadakan program minggu inti dadah peringkat
sekolah. Terdapat satu slot yang mendedahkan kepada murid tentang bahaya merokok.
Dalam slot tersebut, pihak jawatan kuasa program telah menjemput seorang
penceramah daripada klinik kawasan simpang renggam bagi mengendalikan slot tersebut,
apa yang mengejutkan kami barisan guru-guru semasa sesi ujian pengesanan
merokok diadakan, ramai daripada murid-murid didapati pernah merokok hasil
daripada ujian tersebut. Lebih mengejutkan kami seorang murid perempuan juga
mengaku pernah melibatkan diri dengan rokok.
2.Bisikan Hati :
Setelah melihat
dan mendengar sendiri pengakuan murid setelah diuji, rasa tidak sangka akan
perkara seperti ini. Kalau dilihat wajah-wajah murid tersebut, rasa tidak
percaya mereka pernah merokok. Bila kami cuba memerhati dan mengingatkan
kembali latar belakang hidup mereka. Terdapat beberapa orang yang kami rasa ada
sebabnya mengapa mereka boleh terlibat dengan rokok. Saya juga selaku guru
disekolah ini sangat sedih apabila mengetahui beberapa orang murid yang pandai
dalam akedemik dan sentiasaa bersikap baik disekolah juga terlibat dengan
rokok.
3.Persepsi Dan
Falsafah Diri Ke Atas Peristiwa :
Kejadian tersebut
membuatkan diri saya merasakan bahawa setiap kejadian itu mesti ada sebab yang
perlu kita ketahui terlebih dahulu.
4. Kefahaman
Baru:
Kefahaman yang
saya perolehi daripada peristiwa tersebut bahawa apabila berlakunya sesuatu
perkara itu sebenarnya ia berpunca daripada gurauan seterusnya membawa kepada
pergaduhan.
5. Cadangan Untuk
Memperbaiki Keadaan :
Untuk mencegah
daripada berlakunya pergaduhan. Guru mestilah memantau apa yang dillakukan oleh
pelajar, elakkan mereka daripada bergurau dengan berlebihan.
6.Tindakkan Akan
Datang :
Kenal pasti
pelajar yang menimbulkan permasalahan dan elakkan mereka daripada bergurau
berlebihan dengan pelajar lain dan memantau pergerakkan murid sewaktu rehat.
JURNAL 8
Penulisan Jurnal
8
Tarikh : 9.3.2014-14.3.2014
Tajuk :
Peperiksaan kali pertama.
1.Peristiwa :
Minggu ini
merupakan minggu peperiksan. Semua guru dan murid bersiap sedia untuk
menghadapi peperiksaan penggal pertama persekolahan. Berbagai-bagai persiapan
dan ulangkaji dilakukan untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan.
Pada tarikh
8.3.2014 adalah hari pertama peperiksaan di SJKC Tuan Poon, keadaan sekolah
menjadi sedikit senyap kerana semua pelajar sedang menduduki peperiksaan.
2.Bisikan Hati :
Giliran masa untuk
saya sebagai pentugas mengawal kelas peperiksaan, saya mendapati pelajar-pelajar
SJKC Tuan Poon bersemangat untuk menduduki peperiksaan ini. Mereka memang
bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Maklumlah hari pertama peperiksaan pelajar-pelajar
nampak bersemangat untuk menjawab soalan peperiksaan. Saya pun mula memberi
arahan dan menyuruh mereka mendengar dengan teliti. Kemudian saya menerangkan
satu persatu, Mereka mendengar dengan baik. Setelah selesai saya memberi
penerangan kepada mereka saya pun mengarahkan mereka menjawab dengan
berhati-hati.
3.Persepsi Dan
Falsafah Diri Ke Atas Peristiwa :
Sewaktu mereka
menjawab kertas peperiksaan, saya mendapati sebahagian daripada mereka menjawab
dengan cepat. Saya pun berkata kepada mereka, “Jawab dengan penuh berhati-hati
dan jangan hendak siap sahaja”. Malangnya mereka hanya lihat beberapa kali dan
akhirnya berhenti. Mereka membiarkan masa berlalu bergitu sahaja. Bagi saya
bertapa ruginya kepada sesiapa yang membazirkan waktu.
4. Kefahaman
Baru:
Apabila melihat
keadaan yang sedemikian, saya mula merasa bertapa ruginya mereka. kalaulah mereka tahu masa itu sangat berharga.
Saya mula sedar sebenarnya menjadi tanggung jawab saya untuk sentiasa
mengingati mereka. Memberitahu mereka jangan membuang waktu dan pergunakannya
dengan sebaik-baiknya.
5. Cadangan Untuk
Memperbaiki Keadaan :
Pelajar sebegini
mestilah diberi motivasi supaya mereka menghargai masa, masa yang berlalu tidak
akan kembali. Selain daripada itu mereka juga perlu diberi penjelasan cara
bagaimana menguruskan masa dengan baik.
6.Tindakkan Akan
Datang :
Pada masa akan
datang saya akan memasukkan nilai-nilai murni kedalam diri pelajar melalui
motivasi dan juga ceramah serta menjelaskan kepada mereka cara yang terbaik menguruskan
masa. Usaha tersebut dilakukan secara tersusun agar ianya lebih berkesan dan
menjadikan pelajar dapat menguruskan masa dengan baik dan cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)