Sunday, 30 March 2014

JURNAL 9



Penulisan Jurnal 9
Tarikh : .3.2014-.3.2014
Tajuk : Bahaya merokok.

 

1.Peristiwa :
Pada minggu ini, Sekolah SJKC Tuan Poon telah mengadakan program minggu inti dadah peringkat sekolah. Terdapat satu slot yang mendedahkan kepada murid tentang bahaya merokok. Dalam slot tersebut, pihak jawatan kuasa program telah menjemput seorang penceramah daripada klinik kawasan simpang renggam bagi mengendalikan slot tersebut, apa yang mengejutkan kami barisan guru-guru semasa sesi ujian pengesanan merokok diadakan, ramai daripada murid-murid didapati pernah merokok hasil daripada ujian tersebut. Lebih mengejutkan kami seorang murid perempuan juga mengaku pernah melibatkan diri dengan rokok.


2.Bisikan Hati :
Setelah melihat dan mendengar sendiri pengakuan murid setelah diuji, rasa tidak sangka akan perkara seperti ini. Kalau dilihat wajah-wajah murid tersebut, rasa tidak percaya mereka pernah merokok. Bila kami cuba memerhati dan mengingatkan kembali latar belakang hidup mereka. Terdapat beberapa orang yang kami rasa ada sebabnya mengapa mereka boleh terlibat dengan rokok. Saya juga selaku guru disekolah ini sangat sedih apabila mengetahui beberapa orang murid yang pandai dalam akedemik dan sentiasaa bersikap baik disekolah juga terlibat dengan rokok.

3.Persepsi Dan Falsafah Diri Ke Atas Peristiwa :
Kejadian tersebut membuatkan diri saya merasakan bahawa setiap kejadian itu mesti ada sebab yang perlu kita ketahui terlebih dahulu.


4. Kefahaman Baru:
Kefahaman yang saya perolehi daripada peristiwa tersebut bahawa apabila berlakunya sesuatu perkara itu sebenarnya ia berpunca daripada gurauan seterusnya membawa kepada pergaduhan.

5. Cadangan Untuk Memperbaiki Keadaan :
Untuk mencegah daripada berlakunya pergaduhan. Guru mestilah memantau apa yang dillakukan oleh pelajar, elakkan mereka daripada bergurau dengan berlebihan.

6.Tindakkan Akan Datang :
Kenal pasti pelajar yang menimbulkan permasalahan dan elakkan mereka daripada bergurau berlebihan dengan pelajar lain dan memantau pergerakkan murid sewaktu rehat.







amalan dan doa untuk pelajar

ciri-ciri pelajar cemerlang

JURNAL 8



Penulisan Jurnal 8
Tarikh : 9.3.2014-14.3.2014
Tajuk : Peperiksaan kali pertama.

1.Peristiwa :
Minggu ini merupakan minggu peperiksan. Semua guru dan murid bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan penggal pertama persekolahan. Berbagai-bagai persiapan dan ulangkaji dilakukan untuk menyiapkan diri menghadapi peperiksaan.
Pada tarikh 8.3.2014 adalah hari pertama peperiksaan di SJKC Tuan Poon, keadaan sekolah menjadi sedikit senyap kerana semua pelajar sedang menduduki peperiksaan.

2.Bisikan Hati :
Giliran masa untuk saya sebagai pentugas mengawal kelas peperiksaan, saya mendapati pelajar-pelajar SJKC Tuan Poon bersemangat untuk menduduki peperiksaan ini. Mereka memang bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. Maklumlah hari pertama peperiksaan pelajar-pelajar nampak bersemangat untuk menjawab soalan peperiksaan. Saya pun mula memberi arahan dan menyuruh mereka mendengar dengan teliti. Kemudian saya menerangkan satu persatu, Mereka mendengar dengan baik. Setelah selesai saya memberi penerangan kepada mereka saya pun mengarahkan mereka menjawab dengan berhati-hati.

3.Persepsi Dan Falsafah Diri Ke Atas Peristiwa :
Sewaktu mereka menjawab kertas peperiksaan, saya mendapati sebahagian daripada mereka menjawab dengan cepat. Saya pun berkata kepada mereka, “Jawab dengan penuh berhati-hati dan jangan hendak siap sahaja”. Malangnya mereka hanya lihat beberapa kali dan akhirnya berhenti. Mereka membiarkan masa berlalu bergitu sahaja. Bagi saya bertapa ruginya kepada sesiapa yang membazirkan waktu.

4. Kefahaman Baru:
Apabila melihat keadaan yang sedemikian, saya mula merasa bertapa ruginya mereka.  kalaulah mereka tahu masa itu sangat berharga. Saya mula sedar sebenarnya menjadi tanggung jawab saya untuk sentiasa mengingati mereka. Memberitahu mereka jangan membuang waktu dan pergunakannya dengan sebaik-baiknya.

5. Cadangan Untuk Memperbaiki Keadaan :
Pelajar sebegini mestilah diberi motivasi supaya mereka menghargai masa, masa yang berlalu tidak akan kembali. Selain daripada itu mereka juga perlu diberi penjelasan cara bagaimana menguruskan masa dengan baik.

6.Tindakkan Akan Datang :
Pada masa akan datang saya akan memasukkan nilai-nilai murni kedalam diri pelajar melalui motivasi dan juga ceramah serta menjelaskan kepada mereka cara yang terbaik menguruskan masa. Usaha tersebut dilakukan secara tersusun agar ianya lebih berkesan dan menjadikan pelajar dapat menguruskan masa dengan baik dan cemerlang.